Monday, October 31, 2011

Poster Pengujian Transistor

Selamat Pagi Malaysia!!

Oleh kerana saya baru saja menyiapkan poster bagi Amali Pengujian Transistor, ada baiknya saya berkongsi hasil kerja photoshop saya (^_^). Sebarang komen untuk penambahbaikan adalah sangat dialu-kan.....

Saturday, October 29, 2011

Pengenalan kepada cleanroom

Secara umumnya, bilik bersih atau lebih dikenali sebagai cleanroom merupakan satu ruang persekitaran buatan manusia yang mempunyai kiraan zarah atau partikel yang jauh lebih rendah daripada persekitaran biasa. Keadaan ini dicapai dengan menghapuskan atau mengurangkan sumber pencemaran atau bendasing melalui teknik tertentu. Pada awalnya, cleanroom pertama di dunia dibina sebagai bilik pembedahan hospital untuk mengawal pencemaran bakteria bawaan udara yang sering menyebabkan jangkitan pada pesakit selepas pembedahan. Tidak lama selepas itu teknologi pembuatan peranti semikonduktor berkembang dengan pesat dan pihak industri mula menyedari kepentingan kawalan pencemaran semasa proses fabrikasi transistor dan litar bersepadu. Semenjak itu, teknologi cleanroom mula digunapakai dalam industri semikonduktor.



Imej di atas merupakan salah satu contoh cleanroom yang digunapakai secara komersil dalam industri semikonduktor iaitu yang dikenali sebagai fab. Ia dibina khas bagi memastikan bekalan udara, pengedaran udara, suhu bilik, tekanan, habuk dan zarah bawaan udara serta kelembapan persekitaran yang dikawalselia semasa proses pembuatan berjalan berada pada tahap kebersihan yang sesuai.  

Secebis Kata, Sekadar Pengenalan.....

Annyonghasaeyo.....(Hello)
Seperti rakan-rakan seperjuangan yang lain, tujuan blog ini dibangunkan adalah sebagai sebahagian daripada persediaan bagi kami bagi menjadi pengajar yang berketrampilan.....insyaallah. Saya betul-betul berharap agar dapat meneruskan blog ini untuk suatu jangka masa yang panjang bagi berkongsi idea dan pengalaman dengan rakan-rakan blogger yang lain. Bagi entri kali ini, saya ingin memperkenalkan serba sedikit mengenai tuan punya blog ini....hihi ;)


1. Sekolahku..................

                                                                
                                                        
2. Tempatku Bekerja.......
                                                

Setakat ini sahaja entri saya pada kali ini....terima kasih kerana sudi membaca  !!