Saturday, October 29, 2011

Pengenalan kepada cleanroom

Secara umumnya, bilik bersih atau lebih dikenali sebagai cleanroom merupakan satu ruang persekitaran buatan manusia yang mempunyai kiraan zarah atau partikel yang jauh lebih rendah daripada persekitaran biasa. Keadaan ini dicapai dengan menghapuskan atau mengurangkan sumber pencemaran atau bendasing melalui teknik tertentu. Pada awalnya, cleanroom pertama di dunia dibina sebagai bilik pembedahan hospital untuk mengawal pencemaran bakteria bawaan udara yang sering menyebabkan jangkitan pada pesakit selepas pembedahan. Tidak lama selepas itu teknologi pembuatan peranti semikonduktor berkembang dengan pesat dan pihak industri mula menyedari kepentingan kawalan pencemaran semasa proses fabrikasi transistor dan litar bersepadu. Semenjak itu, teknologi cleanroom mula digunapakai dalam industri semikonduktor.



Imej di atas merupakan salah satu contoh cleanroom yang digunapakai secara komersil dalam industri semikonduktor iaitu yang dikenali sebagai fab. Ia dibina khas bagi memastikan bekalan udara, pengedaran udara, suhu bilik, tekanan, habuk dan zarah bawaan udara serta kelembapan persekitaran yang dikawalselia semasa proses pembuatan berjalan berada pada tahap kebersihan yang sesuai.  

No comments:

Post a Comment